[VIDEO] ‘Cara Dato Bercakap Ni Macam Takde Adab’- Netizen Tegur Karenah Dato’ Aliff Syukri Dalam Kedai Makan Di London

Alangkah seronoknya dapat pergi bercuti ke serata dunia macam Dato’ Aliff Syukri ni. Dalam satu tahun je dah banyak negara dia bawa keluarga berjalan. Selepas bercuti di Paris tidak lama dahulu, kini Aliff berada di London. Jika nak dibandingkan dengan negara Eropah lain, London mempunyai bilangan penduduk Muslim yang agak ramai.

Tiada masalah untuk kita cari makan kerana restoran halal disana memang banyak. Beberapa hari lepas Aliff ditegur kerana menganggu pemuzik jalanan di sana, semalam Aliff sekali lagi membuatkan orang ramai ‘annoyed’ dengan karenahnya ketika berada di restoran di London.
‘Imej negara kita sentiasa kena jaga..’

Video diatas telah ditonton lebih 210, 000 tontonan dimana Dato’ Aliff Syukri berada dalam sebuah ruang makan di London bersama keluarganya. Tetapi jutawan kosmetik itu dapat teguran dari pengikutnya di Instagram. Apa pendapat anda?

Sumber: Instagram Dato’ Aliff Syukri

Ohbulan!