[VIDEO] Rentetan 10 Tahun Sebelum Hael Husaini Bergelar Juara AJL32

Rentetan 10 Tahun Sebelum Hael Husaini Bergelar Juara AJL32

Loading...

JAMPI? Bila lagu ini pertama kali keluar di dalam dunia muzik sememangnya boleh jangka ia boleh pergi jauh. Susunan melodi lagu Jampi memang lebih jauh ke depan berbanding generic music dan lagu di Malaysia setakat ini manakan tidak, budak 5 tahun pun sekali dengar pun boleh layan.

Sebelum ini, Hangat.com pernah mengeluarkan artikel mengenai ramalan siapa bakal Juara AJL32, dan ramalan kami tepat. Kuat betul jampian Hael Husaini untuk kami meramal.
Aset Muzik Industri

Hael memang layak bergelar juara AJL pada tahu ini. Dia adalah bintang bakal bersinar & aset muzik industri kita. Karya beliau selain Jampi jua telah menjadi siulan anak muda seperti Pematah Hati (Nabila), Dia (Dayang), Nisa Cinta (Jac & Nana) cukup mengaggumkan dan menzahirkan identiti karya muzik Malay-pop masa kini.

Hael berjaya menjampi seluruh rakyat malaysia, namun perjalanan kariernya bukanlah mudah seperti yang disangka. Untuk memiliki apa yang dia kecapi pada hari ini, pelbagai halangan di harus tempuhi.
Tak Perlu Jadi Juara Realiti TV untuk Bergelar Juara AJL
Nampaknya Hael telah memngikut jejak beberapa nama penyanyi terkenal seperti Aizat Amdan dan Yuna kerana kedua-dua mereka pernah gagal menjadi juara program realiti TV. Aizat pernah tersingkir dalam Akademi Fantasi ke-5 namun menjadi Juara AJL ke pada tahun 2009.

Manakala Yuna pula pernah gagal menyertai program realiti TV Malaysian Idol namun lagu ciptaanya sendiri Terukir di Bintang pernah menjuarai AJL pada tahun 2012.

Hael pernah kecundang dalam dua program realiti TV sebelum ini.
Pernah Tewas Dalam Program Mentor

Hael merupakan bekas peserta program realiti Mentor musim ketiga dengan nama Sani.  Dia kemudiannya menggunakan nama penuhnya iaitu Hael Husaini sebagai salah satu langkah memperkenalkan kembali dirinya di persada muzik tempatan.

Pernah satu pentas dengan komposer terkenal Ajai menjadi mentor. Kini Hael menulis lagu untuk Jaclyn Victor dan sama-sama bersaing mempertaruhkan lagu sendiri dengan Ajai di AJL32 malam tadi.

Dalam Mentor, Hael berduet dengan Erul dengan nama kumpulan Evo. Ini percubaan pertama Hael menyertai pertandingan realiti TV dibimbing oleh Jaclyn Victor sebagai mentor.
Kecundang Dalam Akademi Fantasia

Berduet dengan Mohd Azhar Osman dengan nama Azhael. Mereka bergelar Naib Juara Akademi Fantasia Musim 10 pada tahun 2013.

Lagu debut nyanyiannya berjudul “Hentian Terakhir” yang dicipta sepenuhnya oleh penyanyi dan komposer Damien VE berjaya melonjakkan nama beliau sebagai salah seorang penyanyi muda yang digemari ramai.

Hael telah mengundur diri dari kumpulan duo Azhael di laman instagram beliau pada 2 Februari 2017 untuk bergerak solo.
Tiada Pertikaian

Ternyata ramai yang berpuas hati bila Jampi jadi juara berbanding juara lalu lagu Keliru (Ajai dan Nurul) dan Tolong Ingatkan (Ana Rafali) ramai yang pertikaikan kata berat sebelah dan artis veteren pun lebih memihak kepada lagu Jampi. Ini bemakna jampi menjadi pilihan hati orang ramai dan juri profesional.

Siapa Helena Di Hati Hael Hussaini? Ini Rupanya Helena Yang Hael Panggil2 Malam Tadi Di Pentas AJL32! Comel Sungguh!!


Sejak kebelakangan ini, nama Helena mula melatari beberapa gambar yang dimuat naik oleh pelantun Jampi ini di laman Instagramnya.

Sehingga ada peminat yang kecewa kerana menyangkakan Hael Hussaini sudah pun mendirikan rumah tangga dan bergelar bapa.

Bagaimanapun Hael yang ditemui baru-baru ini menjelaskan, Helena adalah anak angkat yang diambil dari sebuah keluarga bulan lalu.

“Alhamdulillah saya anggap ini rezeki berganda yang ALLAH SWT kurniakan kepada saya selepas lagu Jampi diterima ramai.

“Bagaimanapun buat masa ini saya belum boleh berkongsi lanjut mengenai anak ini kerana ia masih lagi dalam proses dokumentasi.

“Tapi bila semuanya dah selesai, saya akan kongsikan lebih lanjut mengenainya,” katanya.

 

“Tapi saya percaya pada rezeki, saya buat kerja saya, saya menyanyi, buat lagu dan kalau ia rezeki saya, ia akan datang sendiri.

Apapun Tahniah Hael Kerana Menjulang Anugerah Juara Lagu yang Ke 32 Malam Tadi..

Sumber – Hangat.com

Loading...